Selasa, 1 September 2015

Program derma sesama kita yang sangat ohsem.

Derma bermaksud memberi dengan niat membantu. Istilah derma banyak digunakan bukan sahaja untuk wang/duit tetapi seperti derma organ, derma pakaian dan apa jua yang diberi dengan niat membantu boleh menggunakan istilah derma. Di dalam pelbagai kamus, perkataan derma lebih lazim digunakan dengan maksud wang/duit dan apa yang bakal diceritakan adalah berkenaan dengan derma wang/duit.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita menderma. Mungkin sebab simpati, sebab ada yang meminta, atau dengan niat mendapat balasan pada masa akan datang. Mungkin anda biasa dengan kutipan derma untuk mangsa banjir, gempa bumi, pelarian perang dan sebagainya. Pernahkah anda meminta derma untuk diri sendiri? Sememangnya sesuatu yang sukar untuk anda lakukan adalah meminta derma untuk diri anda sendiri.

Apabila anda berada di dalam kesulitan atau masalah, anda kerap meminjam. Terdapat perbezaan besar antara derma dan pinjam. Jika anda mendapat derma, maka ia sememangnya diberi untuk membantu anda. Tetapi jika anda meminjam, anda perlu memulangkannya semula dan kadangkala dengan faedah tertentu.


Mungkin kerana gelaran anda, atau pangkat, darjat, keturunan, gaya hidup atau pakaian anda membuatkan anda rasa anda tidak layak menerima derma. Samada anda benar-benar mampu atau menipu diri sendiri, tak kira siapa anda sebenarnya layak mendapat derma jika anda memerlukan bantuan.

Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal meminta derma. Anda bukannya  mengemis, meminta sedekah ditepi jalan, tetapi sekadar meminta pertolongan kepada sesiapa yang sudi menolong. Cuma mungkin dengan gaya dan cara yang tidak betul, bantuan yang anda minta mungkin akan disalah tafsir.

Anda mungkin dianggap menipu atau mengambil kesempatan di atas masalah orang lain. Program ini akan membongkar satu teknik bagaimana anda boleh mengumpul derma dengan cara yang sihat dan tidak memudaratkan orang lain malah membantu orang yang merderma anda.

CharityID merupakan sebuah sistem yang berkonsepkan derma P2P (Peer-to Peer) menghubungkan antara penderma dan penerima derma secara terus tanpa sebarang orang tengah. Fungsi sistem adalah sebagai medium hebahan dan penyusun struktur penderma serta sebagai satu applikasi yang mewajibkan semua ahli mengesahkan maklumat terutamanya no telefon supaya menjamin persekitaran rangkaian yang sihat dan telus.

Tujuan CharityID ditubuhkan adalah untuk mewujudkan satu rangkaian penderma yang saling membantu antara satu sama lain dalam masa yang sama membantu orang lain yang memerlukan . CharityID direka untuk membantu mereka yang betul-betul membantu orang lain dan lebih banyak anda bantu maka lebih ramai orang yang akan membantu anda.


Untuk maklumat lanjut mengenai CharityID ini anda boleh tengok video penerangan disini



0 Comments:

Catat Ulasan








Copyright © 2015 Buat Duit Online 101