Isnin, 27 April 2015

Nak Berjaya, Ikut Contoh Orang Yang Dah Berjaya!


Tentu anda pernah mendengar istilah ini " Nak Berjaya, Ikut Contoh Orang Yang Dah Berjaya! ". Tapi berapa ramai kah yang mengambil peduli akan istilah ini. Ramai diantara kita hanya baca sekadar baca sahaja. Mereka tidak ambil peduli akan makna yang tersirat disebalik kata-kata tersebut.

Kebanyakkan daripada kita ini hanya ingin lakukan perkara yang mudah sahaja. Tapi ada ke perkara yang mudah dalam dunia sekarang ini? Kita haruslah ingat, tiada satu pekerjaan pun dalam dunia ini kita akan dapat dengan mudah. Segalanya memerlukan usaha dan semangat juang kita untuk mendapatkan pekerjaan. Jika kita hendak mencari kerja, sudah tentu kita akan berusaha untuk mencarinya. Sudah dapat kita pula harus mengeluarkan kos perbelanjaan untuk ke tempat temuduga. Oleh itu jangan lah kita malas untuk berusaha dan sentiasa ingat "Usaha Tangga Kejayaan"



Jadi persoalannya sekarang, bagaimana untuk kita berjaya?


Cara yang mudah adalah kita belajar dari orang yang sudah berjaya (saya ulang belajar ). Kita patut sedar setiap manusia ini ada kekurangan dan juga kelebihan masing-masing dan rezeki itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jadi kita sebagai manusia haruslah berfikir dan berusaha untuk mendapatkan rezeki itu.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana seseorang itu boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi dan mengapa anda tidak?

Kita tidak boleh salahkan sesiapa dalam soal ini. Cuba tanya pada diri sendiri dahulu apa yang kurangnya anda dengan orang yang berjaya itu. Cuba selidik dan kaji bagaimana dia mampu berjaya dalam perniagaannya. Ingatlah ilmu itu ada dimana-mana, hanya kita sahaja yang kena pandai mencainya. Tanpa ilmu anda ibarat membuat sesuatu tanpa hala tuju. Jadi fikir-fikirkan lah.....

Semoga Berjaya.....










Copyright © 2015 Buat Duit Online 101