Isnin, 27 April 2015

Rahsia Buat Duit USD Dengan Platform Fiverr.


Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa stabil sekarang ini, ramai antara kita mula mencari alternatif lain dalam menjana pendapatan sambilan untuk menampung perbelanjaan harian dimana kos sara hidup semakin meningkat. Jika kita fikirkan sekarang, gaji RM2000 pun tak cukup. Belum sampai sebulan duit dah kering. Jadi apa cara untuk kita lakukan untuk kita tambahkan pendapatan yang sedia ada ini. Caranya dengan bekerja sambilan.

Tapi masalahnya kerja sambilan apa yang boleh kita lakukan?

Untuk pengetahuan anda, jika anda mempunyai kemahiran atau perkhidmatan yang ingin anda tawarkan, Fiverr adalah tempat terbaik untuk anda mencuba. Sebab apa? Kerana anda akan menjana pendapatan dalam nilai USD dan ianya satu peluang yang baik untuk anda menjana pendapatan dengan menggunakan kemahiran dan perkhidmatan yang anda ada. Tapi sebelum itu, anda mesti perlu tahu apa itu Fiverr.




Fiverr adalah sebuah laman web antarabangsa yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Fiverr menggunakan istilah ‘gig’ untuk merujuk kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman web mereka. Keistimewaan Fiverr yang menjadikannya sangat popular adalah ia menetapkan harga siling USD5 untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan. Malahan nama Fiverr itu juga sebenarnya diambil sempena USD5 itu… iaitu Fiverr (five-rr). 

Laman web ini kini berfungsi sebagai sebuah pasar, yang menemukan mereka yang mahir (freelancers) dengan mereka yang memerlukan perkhidmatan mereka. Pada masa penulisan, Fiverr menawarkan lebih kurang 3 juta perkhidmatan di laman web mereka. Laman ini diasaskan oleh Micha Kaufman dan Shai Winiger pada 2009.


Tapi anda jangan salah sangka, sebenarnya bukan mudah untuk kita menjana pendapatan dengan Fiverr ini. Sudah menjadi kebiasaan, tiada satu pekerjaan didunia ini yang mudah. Jika ada pekerjaan yang mudah, sudah pasti ramai orang nak lakukannya. Oleh itu, untuk menjana pendapatan dengan Fiverr ini apa yang anda perlukan adalah teknik dan tips yang perlu anda tahu cara bagaimana untuk anda menjana pendapatan dengan pantas dan boleh menjana sehingga 4 angka sebulan.

Anda kini beruntung kerana sekarang terdapat banyak panduan yang diberikan untuk anda menjana pendapatan di Fiverr ini. Saudara Nigel Ong... baru sahaja menulis sebuah ebook panduan tentang Buat Duit di Fiverr. Beliau telah menjana wang di fiverr antara RM1,000-RM2,000 sebulan di fiver dengan hanya secara part time sahaja.

Saya fikir.. itu pendapatan side income yang agak awesome juga. Jika mahu dibandingkan dengan kerja-kerja part time yang lain seperti menjual insuran dan berniaga MLM, ianya lebih memenatkan dan memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak.

Berbanding buat duit di fiverr ini, kita hanya perlu duduk di depan komputer sahaja.

Tapi! Ianya bukanlah sesuai untuk semua orang.. ada sesetengah orang memang tak boleh duduk depan komputer lama-lama.. duduk setengah jam depan komputer pun mereka dah pening.

Jadi jika anda ingin tahu rahsia bagaimana Saudara Nigel Ong menjana wang di fiverr antara RM1,000-RM2,000 sebulan di fiver dengan hanya secara part time sahaja, anda boleh lawati laman web beliau di DuitFiverr.com










Copyright © 2015 Buat Duit Online 101